Pages

Photobucket

Friday, March 16, 2012

Hidayah itu Satu Nikmat

Salam.. :)





Hidayah.. hidayah itu tk dtg bergolek, tk dtg melayang. Klau dipinta, ia kan datang. Klau tidak dipinta sekalipun, ia sentiasa dtg. Yg menggerakkan hidayah itu, pastinya Allah. Yg menerima hidayah itu pastinya kita, makhluk Allah. Tapi dapatkah kita lihat hidayah itu? Tidak, hidayah itu bukan dalam bentuk kotak hadiah.. Mediumnya, melalui orang2 sekeliling kita. Hari ni, nk bercerita psl satu kisah. Trpulanglah cerita ini mahu dikaitkan dgn siapa2 juga.. Klau ada yg trkene btg hidung, Alhamdulillah. :) klau tk de, tk pyh pusing2 kepala nk fikir. Just baca je.. Jom :)

Tersebutlah kisah...ade seorang gadis brname Natasha. Dia memang suka berpakaian ketat, katanye lebih selesa begitu. Pengalamannya bercinta, cukup hebat...cukup byk. Dlm hidupnya, selalu trfikir soal pahala. Namun jarang difikirkan soal dosa.. Menurut teman2nya, memang die seorang yg baik. Tapi pada mata Allah, dia sendiri tidak cuba memikirkannya. Dia seorang yg sayangkan Allah.. Setiap kali berbuat dosa, hatinya sentiasa terdetik nama Allah. Tapi, tidak juga ditinggalkan larangan Allah itu.

MAKA, ditakdirkan dgn kuasa Allah.. hadirlah orang2 di sekelilingnya, yg tnpa sedar, membawa hidayah meresap ke dlm dirinya.

ORANG 1: Hadir seorang teman bernama Lily (bukn name sbenar) yg sering menegurnya setiap kali baju yg dipakainya itu tidak menepati syarak.

' Aih, Tasha, kenape singkat sgt baju? Haa, tu lah, sluar dh kotor. Siape suruh pakai baju singkat2 lgi?'

-Secalit sindiran yg sudah ckup membuatkan hatinya tersentap. Dlm hatinya, 'marahkah aku?' Natasha malu... malu dgn kawan2nya yg lain. Malu kerana Lily tidak pernah menegur kwn2nye yg berbaju singkat, sebaliknya menegur si dia sahaja.' TIDAK ADIL! ' -bisik hati kecil Natasha-


ORANG 2: Allah hadirkan pula Ustaz Asri (bukn name sbenar) yg sering memuji pelajar2 perempuannya di dlm kelas.

' Bagus betul anak2 murid ustaz, smuenye bertudung, tutup aurat.. Ustaz suka sgt tgk.. Org prmpuan ni, Allah jadikan setiap inci kulitnya adalah berharga. Sbb tu kamu kene tutup.'

-Saat ustaz melafazkn ayat ini, Natasha tunduk diam membisu.. Kakinya disorokkan sedikit di bwh meja, agar ustaz tidak terlihat kakinya yg tidak memakai stokin. Dia malu.. Lengan baju kurungnya dikepit..dia malu seandainya ustaz tahu dia tidak memakai sarung lengan seperti teman2nya.. Namun, hatinya sekali lagi tersentak...hidayah mula mengetuk pintu hatinya.-


ORANG 3 : Allah hadirkan pula temannya bernama Mizyah (Bukn name sbenar) . Allah perlihatkan kepadanya kecantikan sbenar org yg menutup aurat. Saat itu, lengan baju kurung Mizyah terselak sehingga menampakkan sarung lengan berwarna hitam yg dipakainya.

-'Cantik juga klau pakai sarung lengan ni. Elok jugak..' bisik hati kecil Natasha-


ORANG 4 : Allah hadirkan pula ibunya.. yang tidak pernah penat menasihatinya. Pernah suatu hari, tudung yg dipakai Natasha sedikit labuh, bukanlah labuh yg menutup aurat.. tetapi labuh kerana saiznya yg besar sedikit sahaja.

' Tak sesuailah tudung labuh tapi baju singkat.'

-Hatinya marah dengan kata2 ibunya. Namun di sebalik kata2 itu, dia terfikir juga..memang tidak cantik klau tudung dn baju nampak tidak sempurna begitu.-


ORANG 5 : Allah datangkan dalam dirinya seorang lelaki.. bernama Adam (bukan name sbenar)

' Saya dgn kwn saya selalu kira bilangan perempuan yg tak pakai stokin. Bukan nak menghendap aurat org. Tapi just nak kira, berapa ramai yg turut perintah Allah, berapa ramai yg tidak.'

'Saya suka tgk org bertudung labuh.. Sejuk hati melihatnya.'

-Natasha jadi malu dalam hatinya.. Terdetik hatinya untuk mula berubah memakai stokin. Terfikir betapa tidak muslimahnya dia..betapa seorang lelaki itu mendambakan wanita solehah sebagai isterinya. Manakala dirinya tidak layak digelar solehah!-


ORANG 6 : Datang ustazah Atikah (bukan name sbenar) memberi ceramah di kelasnya..

' Boleh klau nk pakai tudung sarung tu , janji tutup aurat. Tapi jgn pulak pakai tudung sarung tu, kt depan tutup...kt bahagian tepi nampak bentuk kewanitaan awak tu.'

-Dia tunduk meneliti penampilannya. Ya, benar.. memang tudung sarung itu tidak ckup labuh. Bahkan dari tepi, bisa menampakkan bentuk dada yg tidak seharusnya terlihat oleh bukan muhrim. MasyaAllah,dia mengucap dlm hatinya.-


ORANG 7 : Manusia yg seterusnya dihadirkan Allah ialah Umairah (bukn name sbenar) yg menyampaikan hidayah Allah cukup hanya dgn pandangannya yg membunuh. -_-

Direnungnya Natasha setiap kali Natasha berpakaian agak ketat. Dipandang serongnya Natasha membuatkan dia jadi serba salah..


-----------------------------------------------------------------------------------------------

Dengan takdir Allah... setelah cukup hadirnya 7 insan yang luar biasa ini dalam hidupnya, maka jadilah dia seorang yg insaf dgn kesilapannya... dn mengubah penampilannya.



Natasha - SEBELUM-


Image Detail
Image Detail
Natasha- SELEPAS-





ADVICE FOR TODAY: Hidayah itu datang pada bila2 masa sahaja.. Mungkin hari ini, seseorang itu ibarat iblis, besok boleh jadi pekertinya seperti malaikat. Dengan izin Allah, keajaiban boleh terjadi.. :) Berubahlah sebelum terlambat. Ambillah iktibar daripada kisah yg diceritakan hari ini.

Traffic!!

Malaysia Free Backlink ServicesFree Promotion LinkFree Smart Automatic BacklinkMAJLIS LINK: Do Follow BacklinkLink Portal Teks TVAutoBacklinkGratisjapanese instant free backlink Free Plugboard Link Banner ButtonFree Automatic Backlink Service