Pages

Photobucket

Friday, July 22, 2011

Hijab everywhere!~

Salam sejahtera buat smue :) Okay mlm nie nia terasa nk ckp psl isu bertudung.. Dlm dunia Islam kita hari ni, kita lihat wanita-wanita Islam mmg bermacam ragamnya.. Soal tudung labuh, tudung singkat dn malas bertudung tu kita tolak ke tepi dulu. Skrang apa yg kita nak bincangkan di sini ialah topik bertudung di mana-mana sahaja.. Ada dlm kalangan kita yg mengaku bertudung tetapi, sayang seribu kali sayang... tk ramai yg menghargai tudung itu sendiri. Mengapa masih ada yang tidak bertudung bila ada tetamu dtg ke rumah? Okay, kalau betullah malas sgt nk pkai tudung, then duduk sahaja lah dalam bilik. Anak dara memang tak digalakkan tayang muka pun betul tk? Tapi klau dh parents panggil suruh keluar, rasanya bukan satu beban untuk memakai tudung. Ya, nia tahu mmg agak susah nk buat semua ni sebenarnye memandangkan kita berada di rumah kita sendiri, jadi kita rasa mcm tudung dh tk perlu pakai lg. Cuba kita renung balik, apa bezanya kita dgn org free hair klau kita tk pkai tudung bila ade tetamu dtg?

Satu lagi issue is when kita balik kampung. Tahukah kita apa hukum aurat kita dengan 'lelaki' yang mengahwini ibu saudara kita? (maksudnye bukan bapak saudara yg betul2)... Tahukah kita apa hukum aurat kita dengan sepupu-sepupu lelaki kita yang sudah baligh? Haa...rasanya masih ramai yg belum tahu. Nia terkejut bila dengar ade lgi org yg berusia 25 tahun tapi kata aurat dgn sepupu lelaki tk pe tk tutup rambut pun, sedangkan kita semua tahu sepupu itu adalah lelaki yang boleh kita kahwini.. Maka, hukum aurat jelaslah di situ. Jadi, bila balik kampung, terutamanya bila semua sanak saudara berkumpul time raya, masyaAllah... lagilah susah nk bertudung sepnjang masa betul tk? Tapi... klau kita langsung tk latih diri kita dari sekarang, bila lg? Jgn anggap benda ini remeh kerana ini mungkin menjadi penghalang kita utk masuk syurga kelak.. Fikir2kan lah.. Emm, cuba tgk balik gambar tudung instant yg nia letak kt atas ni.. Inilah tudung paling simple yg paling senang utk pkai. Korang cume perlu sarung je kt kepala.. So, tk de lah membebankan sgt betul tk? Haa, inilah ujian Allah buat kaum Hawa yg kita smua selalu sgt ambil remeh. Klau boleh, lepas ni, bila balik kampung, cuba-cuba lah kekal bertudung wlaupun 24 jam stay kt kampung tu.. Nia tahu mmg kampung korang tu mcm rumah korang..sbb tu korang tk kisah nk bukak tudung ke ape, ye lah cousin2 tu smue pun dh mcm adik beradik korang.. Tapi ingt, hukum tetap hukum.. :)

ADVICE FOR TODAY : Jadikan tudung itu sebagai teman setia anda, insyaAllah banyak hikmahnya..

0 comments:

Post a Comment

Traffic!!

Malaysia Free Backlink ServicesFree Promotion LinkFree Smart Automatic BacklinkMAJLIS LINK: Do Follow BacklinkLink Portal Teks TVAutoBacklinkGratisjapanese instant free backlink Free Plugboard Link Banner ButtonFree Automatic Backlink Service